fbpx

Seorang lagi mangsa kemalangan van persiaran di Genting Highlands maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah van persiaran yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong kelmarin.

BENTONG – Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran yang terbabas di Genting Highlands meninggal dunia hari ini menjadikan korban nahas itu meningkat kepada lapan orang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa Chew Chong Beh,73, meninggal dunia pada pukul 1.46 tengah hari ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pihak polis mengesahkan sehingga pukul 6 petang hari ini seramai lapan mangsa meninggal dunia.

“Empat mangsa masih menerima rawatan di HKL dan seorang mangsa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh manakala seorang lagi mangsa telah ‘discharge’ dari hospital,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin tujuh maut, manakala tujuh lagi cedera selepas van persiaran yang mereka naiki terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika menuruni Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu van, Wong Choun Chiet,49 dan enam penumpang iaitu Foong Ah Lan,67; Lee Moy,67; Wong Ah Moi,83; Ang Meng Hong,62; Seow Mee Tin, 72 dan Chan Them Kong,70.

Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika kesemua 14 mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan 12 perempuan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Genting Highlands. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI