fbpx

Saya tak tahu boleh menyanyi sampai bila – Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAYANG NURFAIZAH

PETALING JAYA – Berstatus penyanyi senior, Dayang Nurfaizah memaklumkan bahawa dirinya akan setia menyanyi selagi kudrat dikandung badan.

Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, dia tidak akan mensia-siakan bakat kurniaan Allah SWT dan akan terus menyanyi selagi diberikan peluang termasuklah bertanding di acara berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Selagi saya mampu, selagi boleh dan selagi peluang itu diberi kepada saya, kenapa nak bazirkan apa yang diberikan kepada saya?

“Bagi saya, kalau diberi peluang, gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Sebab saya pun tak tahu saya boleh menyanyi sampai bila.

“Selagi ada kemampuan dan ruang diberikan kepada saya dan sentiasa ada sokongan daripada para peminat, why no? (mengapa tidak?),” katanya kepada Kosmo! Online.

Bertanding menerusi lagu berjudul Debu nyanyian bersama Amir Masdi pada AJL37 Ahad ini, Dayang, 42, berpendapat, tidak kira penyanyi baharu atau lama, setiap hari berlalu adalah proses pembelajaran.

“Sampai sekarang saya masih lagi belajar. Yang saya suka tentang AJL, kita boleh explore (pergi lagi mendalam) dari segi susunan muzik.

“Kalau tempat lain susah nak buat melainkan konsert. Kalau persembahan biasa nyanyi guna minus one sahaja.

“Kalau di pentas AJL, kita boleh buat macam-macam. Apa yang bermain dalam kepala, kita boleh realisasikannya dengan sebaik-baiknya,” ujarnya yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara.

AJL37 akan berlangsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini membawa tema ‘Dimensi Muzik’ yang menyaksikan 12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak anugerah berprestij tersebut.

Debu merupakan lagu ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI