fbpx

Piala FA: Sang Kenari diundi bertemu Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Undian dilangsungkan secara virtual sebentar tadi. - Grafik ihsan MFL

PETALING JAYA – Dua kelab berpengaruh dari utara tanah air, Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA FC) bakal berentap pada aksi pusingan pertama Piala FA pada majlis undian yang berlangsung secara virtual sebentar tadi.

Sementara itu, enam pasukan teratas Liga Super 2022 dan automatik layak ke pusingan 16 terbaik pada saingan Piala FA musim ini.

Enam pasukan tersebut mengikut posisi liga adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC), Sabah FC, Negeri Sembilan FC (NSFC), Selangor FC (SFC) dan KL City FC.

Dua pasukan teratas Liga Premier musim lalu, Kelantan FC dan Kuching City FC turut lolos ke peringkat 16 terbaik.

Skuad Harimau Selatan yang berjaya menjuarai Piala FA bakal bertemu dengan PDRM FC manakala TFC selaku naib juara akan menentang pasukan Liga M3, Melaka FC.

Pasukan Kedah yang merupakan juara edisi 2019 terpaksa berdepan laluan sukar apabila diundi menentang musuh setempat, Penang FC.

Sebagai rekod, sebanyak 20 pasukan bertanding dalam saingan kali ini melibatkan 14 pasukan Liga Super dengan tambahan penyertaan enam pasukan daripada Liga M3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI