fbpx

Persidangan FiberTalk fokus keterhubungan dalam pembangunan bandar pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusafie (kanan) pada majlis penyampaian cenderahati kepada tetamu pada Persidangan FiberTalk di Kuala Lumpur kelmarin.

PETALING JAYA- FTTH Council Asia Pacific (FFTH) melancarkan jenama dan logo terbaharunya kepada Fiber Network Council APAC sebagai usaha memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih futuristik dan influsif  dalam industri telekomunikasi Asia Pasifik.

Ketua Operasinya, Rusafie Alam berkata, melalui penjenamaan baharu itu, ia mahu memainkan peranannya lebih aktif untuk bertindak sebagai  pengkalan sumber utama untuk akses gentian optik di rantau ini.

“Inisiatif ini akan melibatkan gandingan bersama pihak berkepentingan industri, wakil kerajaan dan pengendali telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena Persidangan Malaysia FiberTalk 2023 di sebuah hotel di Kuala Lumpur kelmarin.

Persidangan tersebut adalah platform bagi semua  penggiat industri telekomunikasi (telco) memfokuskan kepada pembangunan  terkini  industri dan menangani cabaran dan peluang  gentian ke rumah  yang  menyediakan keterhubungan 5G dan  internet semua benda (IoT)  untuk bandar pintar.

Turut hadir pada persidangan tersebut adalah Naib Pengerusi  Jawatankuasa Bandar Pintar FTTH, Guven Togan; Exco  Pertubuhan Bandar Mampan dan Pintar Malaysia (MSCA), Mohamed Shahjahan Mohamed Iqbal;  Pengurus Produk Serantau APAC, Viavi Solution, Mathew Zahra dan Pengerusi Keahlian Korporat FTTH, Frank Jaffer.

Majis FTTH Asia-Pacific adalah sebuah organisasi tidak bersandarkan keuntungan ditubuhkan pada tahun 2005 di Singapura. 

Organisasi tersebut sedang membina kejayaan organisasi di Amerika Syarikat  dan Eropah untuk mendidik industri dan orang awam tentang peluang dan faedah penyelesaian FTTH. 

Ahli Majlis FTTH Asia-Pasifik mewakili semua bidang industri jalur lebar, termasuk telekomunikasi, pengkomputeran, rangkaian, penyepaduan sistem, kejuruteraan dan syarikat penyedia kandungan, serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi tradisional, utiliti dan majlis perbandaran.

 Selain itu, turut diadakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU)  antara Fiber Network Council APAC dengan MSCA yang  memanfaatkan rangkaian ahli FTTH untuk memacu kerjasama secara kolektif dalam pembangunan bandar pintar. 

Ini melibatkan pertukaran pengetahuan, kepakaran, teknologi dan pengetahuan untuk menyediakan penyelesaian telekomunikasi jangka panjang yang mampan untuk membangunkan bandar pintar. 

MoU itu juga memerlukan kerjasama dalam pembinaan kapasiti untuk penilaian prestasi projek bandar mampan dan pintar  serta meneroka potensi jangkauan pasaran yang besar dalam segmen pendidikan dan latihan berasaskan teknologi IR 4.0. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI