fbpx

Pembuat kek di Switzerland hasilkan gaun boleh dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kek itu dipotong dan diedarkan kepada pengunjung acara tersebut. - Guinness World Records

BERN – Seorang pembuat kek dari Switzerland menempa nama dalam Guinness World Records apabila menghasilkan gaun pengantin yang boleh dimakan yang diperbuat daripada kek, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Natasha Coline Kim Fah Lee Fokas daripada kedai kek SweetyCakes GmbH menghasilkan kek berbentuk gaun itu dalam satu ekspo pengantin, Swiss Wedding World di Bern.

Gaun seberat 131.15 kilogram itu menerima pengiktirafan sebagai gaun kek boleh dipakai terbesar di dunia oleh badan penyimpan rekod tersebut.

Video yang dikongsikan oleh Guinness World Records di laman perkongsian video, YouTube menjadi tular di media sosial apabila ia menunjukkan seorang model memakai gaun kek tersebut.

Sebahagian kek itu turut dipotong dan diedarkan kepada pengunjung acara berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI