fbpx

Nasi tomato RM5 di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainuddin (kiri) menunjukkan Menu Rahmah nasi tomato yang dijual setiap Rabu pada harga RM5 di kedainya di Jalan Dato’ Keramat, George Town.

GEORGE TOWN – Pengusaha Nasi Tomato Viral Aura Kak Ani memperkenalkan Menu Rahmah serendah RM5 untuk para pe­langgannya terutama golongan berpendapatan rendah atau ka­tegori B40.

Warung yang beroperasi di Jalan Dato Keramat di sini, memilih nasi tomato berlauk ayam atau daging beserta sayur kubis untuk tujuan itu pada setiap Rabu.

Pemiliknya, Zainuddin Zainul Abidin berkata, ia sebagai usaha menyahut saranan kerajaan.

Katanya, dia merasakan bertanggungjawab membantu meringankan beban rakyat ketika ini.

“Buat permulaan, Menu Rahmah dijual setiap Rabu kepada semua pelanggan kerana kita berdepan masalah duit ketika ini.

“Ini juga zakat pendapatan kami. Memang diakui terkesan dengan kenaikan harga barangan mentah terutama sayur-sayuran seperti tomato yang naik antara RM80 hingga RM107 (10 kilogram),” katanya kepada Kosmo!.

Disember tahun lalu, harga tomato bagi berat sama antara RM18 hingga RM25 sahaja.

Zainuddin memberitahu, kebiasaannya nasi tomato berlauk ayam serta sayur dijual RM10, manakala lauk daging pula RM9.

Jelasnya, Menu Rahmah mampu mempromosikan masakan isterinya, Zalina Mohamed Ismail.

Warung Nasi Tomato Viral Aura Kak Ina turut beroperasi di Sungai Gelugor di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI