fbpx

MHO gesa tindakan terhadap skim penipuan kutu ‘Extra Saving Safieza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin dan Musa ketika sidang akhbar berhubung mangsa skim pelaburan kutu di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) mengesa agar tindakan undang-undang lebih berat dikenakan kepada skim penipuan kutu ‘Extra Saving Safieza’ bagi membela nasib mangsa yang tertipu dengan skim berkenaan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mahukan siasatan menyeluruh dapat dilakukan oleh pihak berkuasa serta agensi terlibat dalam penyiasatan skim berkenaan dan mengenakan tindakan undang-undang maksimum terhadap pelaku.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) hanya membuat tuduhan di bawah akta larangan yang dilihat tidak berat bagi individu terlibat.

“Sekiranya siasatan dilakukan dibawah Seksyen 3 (1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, ia adalah merupakan hukuman yang dilihat tidak berat bagi individu yang melakukannya dan Mahkamah boleh membuat pilihan denda RM500,000 atau penjara.

“Jika hukuman seperti Seksyen 420 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap individu terlibat ia kerana lebih berat dan memperuntukkan penjara 10 tahun,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan.

Hishamuddin juga turut mendedahkan, penjawat awam juga antara ribuan mangsa yang tertipu dari skim berkenaan dengan kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 hingga RM200,000.

Tambahnya, difahamkan ‘ibu kutu’ bersama tujuh ejennya telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Musa berkata, pihak bank perlu mengenal pasti sebarang aktiviti mencurigakan dan perlu memaklumkan tentang keadaan itu kepada pihak Bank Negara untuk tindakan pembekuan akaun pemilik bank.

“Perlu ada kerjasama (dalam siasatan) antara semua agensi supaya mereka dapat jalankan tugas dengan baik dan ambil tindakan tegas… sebab sebenarnya bukan hanya mangsa yang rugi, negara juga rugi kerana mereka (pelaku) memang tidak membayar cukai pendapatan” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI