PETALING JAYA – Malaysia berada di tangga kelima kehadiran pelancong di antara negara ASEAN dengan kemasukan seramai 3 juta pelancong pada tahun 2022.
Menurut bancian yang dilakukan Seastats menunjukkan, Thailand merupakan negara teramai dikunjungi pelancong pada tahun lalu iaitu 11.15 juta pelancong.
Di tangga kedua adalah Singapura dengan kedatangan pelancong seramai 6.3 juta, manakala di tangga ketiga adalah Indonesia dengan kehadiran 5.47 juta kemasukan.
Berada di atas Malaysia adalah Vietnam dengan menerima 3.66 juta kemasukan pelancong tahun lalu.
Di tangga keenam dan ketujuh adalah Filipina dan Kemboja dengan mencatatkan jumlah kemasukan pelancong masing-masing seramai 2.65 juta dan 2.28 juta.
Sementara di tangga kelapan dan kesembilan merupakan Laos dan Brunei dengan masing-masing mencatatkan kemasukkan seramai 900,000 dan 244,000 pelancong.
Manakala di tangga ke-10 dan terakhir di tangga ke-11 adalah Myanmar serta Timor Timur dengan kemasukan pelancong masing-masing seramai 234,000 dan 78,000 pelancong tahun lalu. – KOSMO! ONLINE