fbpx

Mahkamah: Pengarah syarikat bergelar Datuk Seri didakwa guna invois palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat perumahan bergelar Datuk Seri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi pertuduhan menggunakan invois palsu, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Chin Kok Foong, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan suatu dokumen yang diketahui palsu iaitu invois bertarikh 28 September 2019 dan 5 Mei 2020 milik sebuah syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada awal Oktober 2020.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 468 kanun sama hukuman penjara sehingga tujuh tahun, dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan P. Nom Phot tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Wan Muhd. Ariff Ameer Wan Normazlan merayu agar anak guamnya diberikan ikat jamin pada kadar yang rendah.

“Tertuduh perlu menjaga bapa, isteri dan dua anak masing-masing berusia 14 dan 15 tahun. Sepanjang siasatan dilakukan tertuduh turut memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Nadia membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI