JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang mengamuk di kedai apabila gaya rambut idamannya gagal memenuhi jangkaan, lapor laman berita Liputan6.
Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @bagihumor.
Berdasarkan rakaman, lelaki berkenaan ingin mendapatkan gaya rambut berwarna biru seakan seorang artis K-pop seperti dipaparkan dalam telefon bimbitnya.
Akan tetapi, hasil yang diperoleh berbeza. Walaupun warna rambutnya serupa, bentuk kepalanya yang berbeza menyebabkan ia tidak sesuai dengannya.
Disebabkan tidak memenuhi jangkaan, lelaki itu melepaskan kemarahannya kepada tukang gunting rambut di kedai tersebut.
Klip video tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
“Anda boleh tiru gaya sesiapa sahaja. Tetapi ia tidak semestinya sesuai dengan anda,” kata seorang netizen. – Agensi