SUKU pertama tahun 2023 dunia hiburan K-pop dikejutkan dengan satu lagi berita gembira apabila pelakon Lee Seung-gi mendedahkan keinginannya mendirikan rumah tangga dengan aktres, Lee Da-in.
Menerusi Instagram, pelakon Law Cafe itu memuat naik sepucuk surat tulisan tangan kepada peminat bagi memaklumkan tentang hasratnya mengahwini kekasih, Lee Da-in.
“Kami akan berkahwin pada 7 April.
“Sekarang saya ada seseorang yang menjadi tanggungjawab saya untuk selama-lamanya.
“Dia penuh kehangatan dan cinta. Saya mahu bersamanya sampai bila-bila,” luah Seung-gi.
Pasangan kekasih itu mengumumkan hubungan cinta mereka kepada umum pada Mei 2021.