fbpx

Kanak-kanak hidap kanser saraf meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Roslinda bersama arwah anaknya, Nik Raisya Aulia baru-baru ini.

KUALA NERUS – Kanak-kanak perempuan menghidap penyakit kanser saraf tahap empat yang kisahnya pernah disiarkan dalam kolum Kosmo! Prihatin pada dua tahun lalu meninggal dunia pada semalam.

Nik Raisya Aulia Nik Rashimie Bukhari, 5, menghembuskan nafasnya terakhir di rumahnya di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal di sini pada pukul 3 petang.

Ibunya, Roslinda Harun, 31, berkata, anak sulung daripada tiga beradik tersebut meninggal dunia di pangkuannya.

“Tahap kesihatan Nik Raisya Aulia agak semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun saya dan suami, Nik Rashimie Bukhari Nik Mazlan, 28, reda dengan pemergiannya.

“Cukuplah penderitaan yang terpaksa ditanggungnya selama ini walaupun masih kecil. Sudah tiba masanya kembali di sisi Pencipta,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Roslinda berkata, Nik Raisya Aulia yang kisahnya disiarkan akhbar ini pada awal Februari 2021 pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut pada 7 April 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI