fbpx

JDT buktikan impian mampu jadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TMJ berjaya memacu kejayaan JDT ketika ini termasuk merangkul semua kejuaraan yang diraih musim lalu.

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasakan penyokong setia Harimau Selatan tidak lagi ‘hidup dalam angan-angan’ dan deretan kejayaan ketika ini adalah hasil kerja keras sejak sekian lama.

Rekod serta transformasi luar biasa yang diserlahkan pasukan sejak 2013 menjadi bukti jelas pencapaian kelab ketika ini adalah realiti sekiranya pentadbiran pasukan dibuat secara betul.

“Ingat. Tahun baharu, agenda baharu dan projek-projek baharu. Saya nak penyokong JDT imbas semula permulaan dan perjalanan kelab kami. Sudah pelbagai kejayaan, pembangunan dan sejarah yang tercipta.

“Semua yang kami lakukan semenjak 2013 daripada video di media sosial, strategi komersial, pembangunan bola sepak, infrastruktur dan lain-lain baru di­ikuti mulai tiga atau empat tahun lepas hingga ke hari ini. Malah, cara kami meraikan kejayaan kelab kami setiap tahun adalah luar biasa.

“Hanya orang yang tidak ber­akal sahaja yang menafikan dan tidak boleh menerima fakta iaitu kami adalah peneraju bola sepak tanah air. Pada era yang baharu ini, pendekatan kami lain. Di dalam dan di luar padang. ‘No more story line’,” katanya.

Musim lalu, Harimau Selatan merangkul semua trofi yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia (Liga M) dan Tunku Ismail pastinya tidak akan mudah berpuas hati sebaliknya akan cuba pacu pasukan ke arah lebih baik.

Sebagai pendekatan awal, selain perlantikan Esteban Solari sebagai pengendali baharu, JDT juga sudah pun mencapai matlamat sepanjang lima aksi persahabatan di Dubai, raih tiga kemenangan dan dua kalah.

“Semua benda yang kami akan lakukan dengan pendekatan le­bih ‘short, sharp, simple dan class’ tahun ini adalah tahun di mana kami akan ‘elevate the game’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI