fbpx

Hujan di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan di satu dua tempat di empat negeri pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, hujan diramalkan di kawasan pantai di Pulau Pinang dan Perak.

“Bagi negeri Sabah, kawasan yang diramalkan hujan adalah Sandakan dan Kudat serta tiada laporan hujan dikeluarkan buat kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Labuan.

“Cuaca sama turut dilaporkan di Sarawak dengan melibatkan kawasan Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah, manakala Kuching, Serian, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang tiada hujan diramalkan,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di Sarawak dengan melibatkan kawasan Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga pukul 9 pagi ini.

Ujarnya, buat kawasan lain di sekitar Semenanjung, cuaca dijangka cerah dan baik ekoran tiada amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan setakat ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI