PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan tiga mangsa gempa bumi dari runtuhan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye.
Menerusi Facebook rasmi SMART memberitahu, operasi mengeluarkan mangsa terperangkap itu mengambil masa dua jam menggunakan peralatan khas.
“Pihak SMART berjaya menjumpai tiga mangsa iaitu satu wanita, satu lelaki dan satu kanak-kanak.
“Kesemua mangsa telah meninggal dunia. Salam takziah,” katanya pada hantaran tersebut, hari ini. – KOSMO! ONLINE