fbpx

Fezty gembira kongsi rezeki bisnes dengan golongan susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEZTY EDAYU merupakan pengasas jenama minyak wangi popular, L' Amour.

SAYA pernah rasa susah sebelum ini, sebab itu saya tahu betapa gembiranya hati orang yang betul-betul memerlukan dan berada dalam kesusahan”.

Itu luahan jujur usahawan muda Fezty Edayu Kamel yang menyifatkan puas dapat membantu golongan memerlukan sejak dia melibatkan diri dalam peniagaan.

Katanya yang juga pengasas perniagaan L’amour Exclusive HQ dan L’amour Exclusive Boutique berpangkalan di Tampin, Negeri Sembilan, menjadi tanggungjawabnya tanpa disuruh mana-mana pihak untuk membantu apa yang termampu.

“Alhamdulillah dengan sedikit rezeki yang Allah kurniakan kepada saya ini, saya pulangkan semula kepada orang lain dalam pelbagai cara.

“Jujur secara personal, sejak berniaga lebih daripada empat tahun lalu, syarikat banyak membantu sekolah-sekolah di sekitar Tampin dan Kuala Pilah yang memerlukan bantuan.

“Tidak berfokus kepada sekolah sahaja, kami bersama pasukan turut aktif membantu mangsa banjir dan menghulurkan bantuan makanan serta barangan memerlukan kepada penduduk sekitar ketika Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini,” katanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia sebenarnya jarang sekali dan malu untuk memaparkan segala aktiviti yang dilakukannya di media sosial dan lebih selesa melakukannya secara senyap-senyap.

PERNIAGAAN yang dibangunkan anak jati Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan ini turut menerima pelbagai anugerah terkemuka negara.

Akuinya lagi, berkongsi rezeki boleh dikatakan sudah menjadi hobi selain seronok melakukannya lebih-lebih lagi pernah melalui detik sukar ketika zaman kanak-kanak dan remaja.

“Saya faham dan tahu sangat macam mana jadi orang susah sebab saya juga pernah melaluinya.

“Bila kita ada rezeki lebih dan dapat bantu mereka yang kita tahu memang memerlukan, kita juga akan gembira dengan pertolongan yang dilakukan itu.

“Bagi orang yang dibantu pula, kita rasa seakan-akan kembali bernyawa dan keluar seketika daripada masalah besar yang menghimpit diri,” katanya.

Meneruskan perkongsian, Fezty Edayu, 34, memberitahu, syarikat pada setiap bulan juga turut melakukan program bantuan minyak petrol kepada mana-mana pemilik motosikal secara percuma.

SYARIKAT turut aktif memberikan minyak petrol percuma kepada pemilik motosikal terpilih sebagai tangungjawab sosial korporat.

Ujarnya, bantuan tersebut dilakukan sejak tahun lalu dan diteruskan hingga ke hari ini dalam usaha meringankan beban pemilik motosikal.

“Tanpa mengira kaum dan siapa sahaja, kita akan bantu untuk mengisi minyak petrol penuh bagi setiap motosikal.

“Biasanya kita akan beritahu lokasi stesen minyak terplih berdekatan Tampin dengan maklumat dari segi masa dan jumlah motosikal yang terpilih,” katanya.

Bercerita sedikit megenai perniaagan minyak wangi yang diasaskannnya, Fezty Edayu bersyukur kerana kini mempunyai lebih daripada 1,600 pengedar aktif berdaftar.

FEZTY EDAYU (depan, duduk) bersama suami merakamkan gambar kenangan dengan sebahagian ejen, pengedar serta kakitangan syarikat ketika majlis makan malam bertemakan Raja Sehari baru-baru ini.

Ujarnya, syarikat juga baru-baru ini memenangi beberapa anugerah terkemuka selain berjaya menaikkan lima billboard di lebuh raya utama negara.

“Alhamdulillah atas usaha tanpa kenal erti putus asa, kejayaan yang dimiliki hari ini milik semua terutama pasukan saya yang banyak membantu.

“Syarikat juga optimis untuk mengeluarkan lebih banyak pilihan wangian mengikut trend semasa dan menambah bilangan ejen ke 3,000 ahli dan tidak mustahil mencapai 10,000 ejen penghujung tahun ini,” katanya menutup bicara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI