fbpx

EPL: Aksi kelam-kabut jerat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO (kiri) menyelamatkan maruah United apabila meledak gol penyamaan ketika mereka sekadar terikat 2-2 menentang Leeds awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Aksi kurang fokus menyaksikan Manchester United sekadar melakar keputusan seri 2-2 menentang Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Permulaan goyah menyaksikan United ketinggalan 0-2 menerusi jaringan Wilfried Gnonto dan gol sendiri Raphael Varane sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marcus Rashford dan Jadon Sancho.

Keputusan itu nyata membuatkan pengurus, Erik Ten Hag tidak berpuas hati dan beliau tanpa berselindung menyelar aksi barisan pemainnya yang dilihat agak kelam-kabut dan tidak begitu tersusun pada awal separuh masa pertama dan kedua.

“Pemain-pemain saya seolah-olah terkejut dengan permulaan baik daripada Leeds. Ini adalah perlawanan derbi klasik, jadi tidak pelik sekiranya mereka menampilkan aksi lebih agresif pada awal permainan.

“Mereka menerapkan corak permainan serangan balas pantas dan kami melepaskan dua gol di separuh masa pertama. Leeds menunjukkan kesungguhan cukup tinggi untuk meraih kemenangan, lebih-lebih lagi ketika United berada pada prestasi terbaik ketika ini,” katanya.

Walaupun kecewa dengan keputusan dicatatkan The Red Devils, namun beliau tetap memuji semangat juang pemain-pemain United yang tidak berputus asa untuk bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan dengan dua gol.

“Saya tetap bersyukur dengan keputusan hari ini (semalam) kerana pemain-pemain sudah tunjukkan kekuatan mental untuk bangkit. Saya fikir United juga berjaya jaringkan dua gol yang cukup baik,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI