fbpx

Emma Raducanu perlu kurang ‘bermedia sosial’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU

LONDON – Bekas pemenang pingat emas Olimpik, Monica Puig menasihatkan Emma Raducanu supaya mengurangkan fokusnya terhadap media sosial sebaliknya memberikan tumpuan di gelanggang untuk kembali meningkatkan prestasi.

Puig yang menjadi atlet Puerto Rico pertama merangkul pingat emas Olimpik di Rio 2016 memberi amaran bahawa media sosial menghasilkan persekitaran toksik buat pemain muda terutamanya se­perti Raducanu.

Pemain muda dari Bri­tain itu mencetuskan sensasi selepas muncul juara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat pada 2021 ketika masih di awal karier profesional.

Bagaimanapun, tuah tersebut seakan luntur apabila dia berdepan nasib kurang baik kerana dihimpit masalah kecederaan, pertukaran jurulatih selain dijangkiti Covid-19 sehingga menyebabkan prestasi­nya merudum teruk.

“Saya banyak kali menyaksikan persembahannya di gelanggang terutama ketika dia menjulang kejua­raan Terbuka Amerika Syarikat. Dia adalah seorang pemain yang sangat berbakat.

“Secara fizikalnya, dia masih muda. Saya tidak katakan dia adalah pemain yang ternama dan memiliki ba­nyak pengalaman. Dia memenangi gela­ran itu ketika tidak banyak me­nyertai siri jelajah dan sehingga kini belum melengkapkan ja­dual perlawanan semusim,” katanya.

Selepas keja­yaan menakjubkan di Ame­rika Syarikat, Raducanu menjadi tumpuan pelbagai je­nama yang mendapatkan khidmatnya sebagai duta produk menyebabkannya terpaksa terjun ke dunia media sosial.

“Jangan terlalu fokus kepada media sosial kerana sebahagian­nya adalah toksik terutama untuk pemain muda seperti Raducanu. Ramai yang mahu melihat dia berjaya, tetapi ramai juga mahu menyaksikan kegagalannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI