fbpx

Ekonomi Malaysia perlahan pada kadar 7% suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM meramalkan ekonomi dijangka berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada tahun ini. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan iaitu pada tujuh peratus pada suku keempat tahun 2022 berbanding 14.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Ini adalah kerana  sokongan daripada langkah-langkah rangsangan dan kesan asas rendah yang berkurang. 

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan hari ini, aktiviti sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta. 

Penggunaan swasta yang terus meningkat didorong terutamanya oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik.

Sementara itu, pertumbuhan eksport keseluruhan menjadi sederhana sejajar dengan permintaan luaran yang semakin lemah. 

Gambar hiasan

“Hal ini sebahagiannya diimbangi oleh prestasi eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) yang berdaya tahan serta aktiviti pelancongan yang lebih giat, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus memacu pertumbuhan,” jelasnya.

Bank pusat melaporkan, secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022.

Mengenai inflasi pula, ia berada pada kadar sederhana kepada 3.9 peratus pada suku keempat berbanding 4.5 peratus pada suku ketiga.

Penyusutan ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh luputnya kesan asas inflasi elektrik iaitu penyumbang utama kepada inflasi yang lebih tinggi pada suku ketiga tahun 2021. 

“Trend penurunan dalam harga komoditi utama dunia sebahagiannya menyebabkan inflasi yang lebih rendah dalam beberapa barangan Indeks Harga Pengguna (IHP), termasuk bahan api. 

“Inflasi beberapa bahan makanan ruji utama, seperti daging segar dan telur juga menjadi sederhana pada suku tersebut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI