fbpx

Dihina berbakul-bakul, silakan. Saya cari rezeki – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA

PETALING JAYA – Dilabel hipokrit dan dihina hanya kerana tampil bertudung ketika menghadiri majlis tertentu tertentu, Fasha Sandha mengakui terkilan dengan sikap sesetengah individu yang mudah menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya.

Fasha berkata, sudah adat bergelar selebriti, adakala perkongsiannya dalam Instagramnya dibuat sebagai sebahagian daripada komitmen pekerjaannya.

“Sudah lama tak tulis panjang. Hari ini rasa nak menulis bila terbaca ‘hipokrit’ dan ‘namanya pun pelakon’ selepas membuat perkongsian mengenakan hijab ke majlis prebiu buka puasa, semalam.

“Saya insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah tahap kayangan.

“Jadi, anda boleh menghukum kerana saya tidak berhijab? Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, tetapi bukan bererti saya milik masyarakat,” tulis menerusi sau perkongsian panjang lebar dalam Instagram.

Mengakui dirinya tidak sempurna, pelakon Khilaf Asmara itu bagaimanapun yakin, tindakan sama dilakukan wanita tidak bertudung lain jika berada dalam situasi serupa.

“Jangan senang melabel saya hipokrit hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang belum bertudung melakukan perkara sama.

“Cuma bukan bererti mereka yang sudah berhijab boleh menghina kami sebegitu,” katanya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu turut menegaskan tidak perlu memberi penjelasan mengenai tindakan mahu pun pemakaiannya kepada orang luar.

“Kenapa itu, ini saya rasa tiada keperluan untuk menjelaskannya kepada semua orang melainkan keluarga, mereka yang rapat dan Allah,” tulisnya lagi.

Pada masa sama, Fasha menzahirkan rasa terharu dan terima kasih atas suntikan semangat daripada insan positif yang sentiasa berada di sekelilingnya.

“Terima kasih kepada pengikut kesayangan, keluarga, teman media, peminat, sahabat berfikiran positif, mendoakan baik-baik serta tidak pernah menghakimi saya.

“Untuk yang menghina, saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul, silakan cuma jangan babitkan kerjaya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian,” kongsi pelakon Lara Aishah itu.

Meninjau dalam ruangan komen, ramai rakan selebriti dilihat meninggalkan komen yang secara tidak langsung meninggalkan kata-kata semangat buat Fasha.

Antaranya penyanyi dan pelakon, Farahdhiya yang meminta ibu kepada tiga cahaya mata itu supaya menghindari aura sebegitu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI