fbpx

Derita kanser lidah, tunang titip nota sebelum ‘pergi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pesan yang ditinggalkan tunangnya.

PETALING JAYA – Derita bertarung dengan penyakit kanser lidah tahap empat, wanita sempat meninggalkan pesan dalam telefon pintarnya khusus buat keluarga serta tunangnya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu.

Video berdurasi 36 saat mengenai wanita yang dikenali Norshazwana Badzlena, dikongsikan di akaun TikTok tunangnya, @Mhd.Zhly semalam telah mendapat sebanyak hampir 900,000 tontonan dengan lebih 92,000 sukaan.

Dalam video tersebut, mereka berdua merancang untuk berkahwin pada bulan Februari ini namun hajat tidak kesampaian kerana kesihatan tunangnya yang semakin merudum.

“Tunang bulan Mei 2022. Rancang kahwin bulan Februari tapi Nana tak sihat, Zuhaily tunggu sampai sihat.

“Tolong sedekahkan Al-fatihah buat arwah tunang saya Norshazwana Badzlena.

“Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Hargai orang yang kita sayang selagi masih ada,” tulis Zuhaily.

Sementara itu, terdapat segelintir pengguna turut berkongsi pengalaman sama kehilangan insan tersayang dan mengharapkan pemilik akaun tersebut supaya bertabah dengan ujian yang melanda.

Perkongsian tersebut jelas mengundang sebak orang ramai dan mereka turut mendoakan ketenangan buat Allahyarham dan kekuatan buat tunangnya.

“Al-fatihah buat sepupuku Nana. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” komen @Apit Kable, sepupu kepada Shazwana.

“Salam takziah, sebaknya rasa. Moga terus kuat,” tulis @Ainul Mardhiah.

“Inilah kepentingan selalu tangkap gambar dan rakam video. Bila orangnya dah tiada boleh tengok balik kenangan bersama,” ujar @Nana. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI