fbpx

Cekal membesarkan 3 anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORANIZA bersama tiga anaknya yang berstatus OKU di rumah mereka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Kasih sayang ibu membawa ke syurga.
Itu perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan pengorbanan Noraniza Abdul Wahab, 35, bekas pesakit kanser pangkal rahim tahap 1, yang tabah menjaga tiga orang anaknya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU).
Baru sahaja ingin menarik nafas lega setelah tiga tahun bertarung dengan kanser, Noraniza sekali lagi diuji dengan masalah kemurungan atau dikenali ­Disruptive Mood Dysregulation Disorder (DMDD) sejak November tahun lalu.
Selain itu, dia juga tidak mampu bekerja kerana perlu kerap menghadiri janji temu hospital untuk tiga anaknya, Nur Ainul Mardhiah, 13, Ahmad Zikri Hakim, 9, dan Nur Anis Shahmina, 7, masing-masing didiagnos dengan OKU intelektual, fizikal dan autisme.
“Anak-anak bersekolah di sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur di bawah Program Pendidikan Khas. Kos yuran dan belanja persekolahan untuk seorang anak menelan kos lebih RM400 sebulan.
“Setiap bulan saya perlu bawa mereka ke Hospital Kuala Lumpur dari rumah saya yang terletak di Wangsa Maju dengan menaiki teksi. Lebih 18 kali janji temu termasuk lain-lain kecemasan. Jadi, saya perlu keluarkan kos pengangkutan hampir RM800.
“Doktor juga menyarankan untuk saya memberi susu khas kepada anak kedua dan bongsu kerana mereka menghadapi masalah usus dan berat badan menurun. Kos susu khas RM2,000 bulanan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Tambahnya, Ahmad Zikri pernah didiagnos dengan penyakit jantung ketika berusia enam bulan dan pernah menjalani pembedahan usus ketika berumur 14 hari, selain menghidapi penyakit kronik lain seperti asma.
Ujar Noraniza, dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berikutan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Saya berharap agar mendapat sokongan dan bantuan daripada masyarakat kerana ada yang tuduh anak-anak saya pemegang kad OKU palsu. Kononnya saya ingin mendapatkan perhatian masyarakat.
“Saya tidak hiraukan dan te­rus pandang ke depan demi anak-anak.
“Alangkah leganya jika ada badan-badan kebajikan lain yang sudi membantu saya. Membesarkan anak-anak OKU seorang diri dengan kos sara hidup yang semakin meningkat begitu mencabar,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam bernombor 13044021060457 atau meng­hubungi Noraniza di talian ­010-517 3766. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI