fbpx

Bapa tipu RM4.1 juta, Kang Min-kyung tak terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG MIN-KYUNG

NAMA penyanyi Kang Min-kyung terheret dalam tuduhan penipuan wang selepas bapa dan abangnya disaman atas kesalahan tersebut melibatkan kos 1.2 bilion won (RM4.1 juta).

Beberapa hari lalu, sebuah portal melaporkan, bapa dan abang kandung Min-kyung berdepan saman daripada 19 pelabur kerana syarikat pemaju milik mereka didakwa melakukan penipuan.

Kedua-dua mereka didakwa menipu sejak September 2017 dengan menjanjikan kawasan hutan di Paju, Gyeonggi dibangunkan dalam tempoh dua tahun, namun sehingga kini pembangunan tersebut tidak kelihatan.

Menepis penglibatan Min-kyung dalam kes tersebut, agensi WAKEONE memberitahu, penyanyi itu sudah lama memutuskan hubungan dengan bapanya.

“Dia sudah banyak kali berdepan masalah kewangan tidak stabil bapanya.

“Min-kyung juga sudah lama tidak berhubungan dengan bapa dan keluarga, jadi sekali gus dia tidak terlibat dalam urusan mereka.

“Justeru, kes dilaporkan baru-baru ini langsung tiada kaitan dengannya. Selepas ini, kami akan ambil tindakan jika ada yang mencuri atau menggunakan nama Min-kyung,” tegas agensi WAKEONE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI