fbpx

Teruja main salji di bumi Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENULIS tidak melepaskan peluang bermain salji di Gunung Titlis.

SETELAH dua tahun tidak ke luar negara berikutan berlakunya pandemik Covid-19, penulis rasa teruja apabila keluarga memaklumkan bahawa kami akan pergi melancong pada musim sejuk di Switzerland.

Melancong bukanlah perkara yang asing bagi penulis. Namun, secara peribadi, tiada tempat dapat dibandingkan dengan keindahan panorama di Switzerland.

Kehadiran haiwan-haiwan di habitat asalnya sambil dilengkapi persekitaran gunung dan tasik sememangnya memukau hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Pandangan sebegini merupakan tonik kepada inspirasi dan peremajaan buat seluruh jiwa ini.

Pengembaraan epik penulis bermula di Gunung Pilatus yang terletak di antara Danau Lucerne, Lake Zug dan Tasik Lauerz di tengah-tengah Switzerland.

Setiba di situ, pengunjung akan disapa dengan bentuk Gunung Pilatus yang bergerigi dan dilengkapi Danau Lucerne di sebelahnya.

Kereta kabel dan tren elektrik roda gerigi yang mencecah kecerunan 48 darjah membawa pengunjung ke puncak gunung.

Di puncak Gunung Pilatus, pengunjung boleh melakukan aktiviti pendakian atau menaiki toboggan untuk menikmati pemandangan daripada beberapa sudut pandangan.

Bayangkan gambar atau lukisan pemandangan Gunung Pilatus yang selalu terlintas di timeline media sosial kini berada di depan mata!

Pemandangan yang sungguh menakjubkan dan tidak akan penulis lupakan.

Tasik Thun merupakan salah sebuah tasik yang tercantik di Switzerland.

Seterusnya, kami melawat Tasik Thun yang merupakan salah sebuah tasik tercantik di Switzerland.

Antara aktiviti paling menyeronokkan dibuat di tasik ini adalah pelayaran di atas bot.

Ia akan membawa pengunjung belayar sambil melihat Tasik Thun dari pelbagai perspektif.

Bot akan membawa pengunjung untuk melihat pemandangan bandar Thun, Spiez, Gua St. Beatus dan banyak lagi panorama menarik sepanjang perjalanan berkenaan.

Perjalanan dari Thun ke bandar Interlaken dengan bot mengambil masa lebih kurang dua jam.

Sepanjang perjalanan tersebut, pengunjung boleh turun di beberapa stesen seperti bandar Spiez, Beatenberg dan Gua St. Beatus.

Pada hari terakhir di Switzerland, kami mengambil kesempatan untuk melawat satu lagi gunung iaitu Gunung Titlis.

Kami menaiki tren dari Flughafen terus ke destinasi dengan beberapa pertukaran stesen perlu dibuat sepanjang perjalanan itu.

Untuk ke puncak, kami menaiki kereta kabel. Ketika itu salji sangat tebal.

Saya terasa seperti berusia 10 tahun semula apabila berpeluang bermain salji di situ. Pengalaman ini sungguh ajaib.

Secara jujurnya, cuaca di sini sangat sejuk dan mencabar. Sekiranya hendak melawat kawasan bersalji di sini, pengunjung perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Kami menghabiskan masa melawat beberapa pasar, minum kopi dan bersiar-siar di bandar sebelum menaiki kembali tren untuk pulang.

Secara keseluruhan, pengalaman di Switzerland tidak mungkin dilupakan dan akan sentiasa tersemat rapi dalam memori penulis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI