fbpx

Tapak kaki gergasi Bigfoot dalam salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak kaki ini diyakini milik bigfoot disebabkan coraknya yang lurus dalam satu baris. - Reddit

EDMONTON, KANADA – Kumpulan peminat Bigfoot di laman  sosial Reddit teruja melihat gambar yang dipercayai tapak kaki makhluk berbulu itu yang dikongsikan oleh seorang netizen, lapor akhbar Daily Star.

Menurut laman Reddit bernama r/Bigfoot, tapak kaki itu ditemui di daerah Kananaskis, dalam wilayah Alberta, Kanada.

Ia merupakan kawasan terpencil yang menempatkan beberapa taman negara dan  hutan serta dikelilingi gunung-ganang. Rantau itu dikatakan tempat persembunyian Bigfoot.

Turut dipaparkan pada hantaran tersebut adalah gambar kaki individu yang membuat rakaman di sisi  tapak kaki Bigfoot sebagai perbandingan.

Kaki individu berkenaan memiliki saiz kasut 10.5, namun hanya satu pertiga daripada panjang tapak kaki didakwa milik Bigfoot itu.

Saiz 10.5 di Kanada bersamaan dengan saiz 10 di Britain, iaitu 27.3 sentimeter. 

Pengguna lain yang melihat imej  berpendapat ia adalah gambar asli.

“Ini kelihatan seperti tapak kaki sebenar (Bigfoot). Nampak seperti kebanyakan trek adalah asli (lurus dalam satu baris) tetapi dengan bentuk tapak kaki kiri dan kanan yang jelas. Ia kelihatan cukup dalam, tidak mungkin seekor haiwan kecil boleh meninggalkan jejak sedalam itu,” kata seorang netizen.

“Bigfoot berjalan dengan sebelah kaki tepat di hadapan sebelah lagi, tidak seperti manusia. Ia ditunjukkan oleh jejak ini,” kata netizen lain . – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI