fbpx

Sara Mack Lubis patah gigi, pengalaman lucu jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARA Mack Lubis teringin untuk menjayakan sendiri babak aksi pada masa depan meskipun mengakui dia bukanlah seorang yang lasak. Foto - AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Pelakon baharu, Sara Mack Lubis menganggap kecederaan yang dialaminya ketika menjalani penggambaran siri baharu terbitan Viu Malaysia, Nenek Bongkok Tiga sehingga giginya patah sebagai sebuah pengalaman melucukan.

Kata Sara, 27, kejadian tersebut berlaku gara-gara dia terjatuh akibat kecuaian sendiri ketika menjalani penggambaran di dalam hutan.

“Ketika penggambaran Nenek Bongkok Tiga dijalankan di dalam hutan, saya terjatuh akibat kecuaian sendiri sehingga sebatang gigi hadapan patah separuh.

“Saya kemudiannya dibawa ke klinik gigi untuk menampal semula gigi yang patah itu, tetapi tidak bertahan lama apabila patah semula,” katanya.

Tambah Sara lagi, dia berpendapat kejadian yang menimpanya merupakan asam garam bergelar seorang pelakon apabila perlu berdepan risiko kecederaan ketika di lokasi penggambaran.

Kata pelakon bertubuh genit itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan lain yang lebih serius kerana dibantu pelakon lagak ngeri untuk melakukan aksi lasak.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius kerana setiap babak yang melibatkan aksi lasak, kami ada pelakon lagak ngeri yang lakukannya,” kata Sara.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati, Sara sebenarnya teringin untuk melakukan sendiri aksi lasak jika diberi peluang dan tunjuk ajar yang betul suatu hari nanti.

“Saya teringin dan tiada masalah untuk lakukan sendiri aksi lasak jika diberi peluang walaupun saya bukanlah seorang wanita yang lasak.

“Selain itu, saya juga mengimpikan untuk membawakan watak hantu dalam cerita seram kalau diberi peluang pada masa akan datang,” ujarnya yang membawakan watak sebagai Malia dalam Nenek Bongkok Tiga.

Siri Nenek Bongkok Tiga arahan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim menceritakan kisah lapan individu yang dijadikan tebusan di dalam sebuah rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang.

Rumah berkenaan didiami oleh seorang nenek yang mendakwa kumpulan itu sudah menceroboh kawasan kepunyaan makhluk bergelar ‘toyol’ yang merupakan entiti atau roh jahat dalam masyarakat Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI