fbpx

Sah, KJ jadi DJ Hot FM, sedia gamatkan Bekpes Hot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETELAH tiada jawatan dalam kabinet dan politik, KJ kini bergekar penyampai radio Hot FM.

PETALING JAYA : Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sah bakat bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, bermulai Rabu depan.

Perkara tersebut diumumkan Media Prima Audio (MPA) hari ini dalam satu kenyataan.

Khairy atau mesra dipanggil KJ akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu, mulai 15 Februari ini.

Pagi tadi, Khairy mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.

Kenyataan MPA menyebut, minggu lalu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan saja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nazri berkata, pelantikan Khairy diharap memberi impak lebih baik kepada Hot FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada KJ kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Bekpes Hot,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin berkata, stesen radio itu sedang berbincang dengan Khairy untuk menampilkan pengisian hebat buat pendengar setia Hot FM dan pengikut beliau.

“Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen Bekpes Hot. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pendengar Hot FM boleh terus merebut peluang untuk memenangi wang tunai RM300,000 menerusi Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP).

Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI