fbpx

Rumah terbakar, warga emas melecur 20 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas lelaki berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan melecur 20 peratus

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur terbakar awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba (PgB) Roshdi Fitri Roslan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.41 pagi sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.

Ujarnya, kekuatan anggota seramai 22 orang daripada Balai Bomba Penyelamat (BPP) Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Sri Petaling, dan Seputeh digerakkan ke lokasi terbabit bersama tiga buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Perkhidmatan Penyelamatan, jentera Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat satu berkeluasan 280 kaki persegi dan anggaran peratus kebakaran adalah sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan seorang mangsa lelaki warga emas mengalami kecederaan melecur 20 peratus.

“Tindakan pasukan bomba mengunakan teknik pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ telah berjaya mengawal kebakaran dari kemusahan yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.50 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI