fbpx

RoS beri UMNO tempoh 60 hari buat penjelasan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga kanan) ketika melancarkan buku Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Masyarakat 2022-2026 di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberi tempoh 60 hari kepada UMNO untuk memberi penjelasan terperinci berkenaan isu dua jawatan tidak dipertanding pada pemilihan akan datang.

Mendedahkan perkara itu, Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan memenuhi permintaan dan memberikan butiran maklumat yang diperlukan RoS itu.

“Saya yakin bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) baru-baru ini mengikut peraturan mesyuarat ditetapkan dan perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 2023 di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, beliau juga mahu RoS berlaku lebih adil dan mendengar penjelasan dan aduan kedua-dua belah pihak bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan ahli dengan kepimpinan.

“Kami tidak mahu tidak timbul soal tafsiran dan intepretasi pelbagai dalam parti. Peranan RoS sepatutnya menjaga ahli-ahli pertubuhan didaftarkan berdasarkan perlembagaan,” katanya.

Pada 31 Januari lalu, Ahmad Zahid berkata, UMNO telah memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU2022) untuk jawatan nombor satu dan dua yang tidak akan dipertandingkan.

Ahmad Zahid berkata, beliau bersama tiga individu lain telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd. Nawardi Saad dan timbalannya, di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya dengan membawa dokumen disediakan peguam.

Pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli UMNO bertindak menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

PAU2022 sebelum ini meluluskan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI