fbpx

Pengarah syarikat ubah wang haram direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman lima hari selepas dipercayai menerima habuan lebih RM100,000 sebagai bayaran membawa wang dari luar negara hasil kegiatan penipuan pelaburan.

PUTRAJAYA – Pengarah sebuah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kerana menerima upah bagi melakukan kerja-kerja membabitkan kegiatan pengubahan wang haram.

Perintah reman sehingga 13 Februari ini itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai menerima habuan daripada seorang lelaki bergelar Datuk Seri dianggarkan lebih RM100,000 di antara tahun 2016 hingga 2017.

“Ia adalah sebagai bayaran bagi membawa wang dari luar negara hasil penipuan pelaburan menerusi beberapa agensi pengurup wang.

“Wang yang dibawa menerusi pengurup wang berkenaan kemudiannya disuntik ke dalam akaun sebuah syarikat milik individu berprofil tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim turut mengesahkan penahanan suspek pukul 4.45 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI