fbpx

Penganggur tak mengaku salah tumbuk ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, atas kesalahan menumbuk ibunya di dapur rumah mereka Isnin lalu.

Tertuduh, S. Sathesh Kumar, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, pada 6 Februari kira-kira pukul 5.30 pagi, di ruang dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibunya berusia 50an.

Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie memohon sebutan semula kes dan Majistret menetapkan 8 Mac ini.

Majistret turut membenarkan ikat jamin sebanyak RM 10,000 dengan dua penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Tertuduh membayar jaminan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI