fbpx

Meerqeen menangis sebab depresi, dahulu ragbi jadi ‘penyelamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN mengakui pernah berdepan masalah depresi ketika menuntut di sebuah institusi swasta disebabkan faktor sekeliling dan rakan-rakan. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Hidup tidak selalunya indah. Situasi tersebut diakui pelakon Meerqeen yang kembali didatangi masalah depresi atau kemurungan yang teruk semasa menjayakan karakter lakonannya bernama Adi menerusi sebuah naskhah berjudul Nenek Bongkok Tiga.

Meerqeen atau nama lengkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata, dia pernah berdepan depresi sewaktu sebelum bergelar bintang popular namun masalah tersebut sudah pulih.

Watak lakonannya, Adi, seorang ‘badboy’ yang tidak mempunyai arah tujuan hidup, sedikit sebanyak karakter itu mendorongnya kembali berdepan kemurungan.

“Sejujurnya, disebabkan bawa watak Adi, masalah depresi datang balik. Saya terbawa-bawa karakter sampai ke rumah.

“Dah habis mainkan watak Adi, saya terus bela dan blonde (warnakan) rambut sebab tak boleh tengok ‘Adi’ di cermin.

“Empat bulan hadapi balik masalah depresi sebab saya waktu itu, duduk seorang. Mak saya pun perasan, saya menangis bila balik rumah dia.

“Saya harap dengan terjemahan watak Adi dalam Nenek Bongkok Tiga dapat beri kesedaran kepada orang ramai tentang masalah mental seperti kemurungan atau depresi. Sebab ramai yang sedang laluinya sekarang tapi mungkin mereka tak tahu,” katanya ketika ditemui usai sidang media drama tersebut di ibu negara, semalam.

Tambah bintang Melur Untuk Firdaus itu, pengalaman berdepan masalah kemurungan suatu ketika dahulu bagaimanapun sedikit sebanyak membantunya menjadi lebih rasional.

Ceritanya, sisi gelap hidupnya tersebut dihadapinya ketika bergelar seorang pelajar di sebuah institusi pendidikan swasta.

“Saya pernah jadi seorang yang ada depresi. Seorang yang tak gembira dalam hidup.

“Saya dah okey sekarang. Semua itu dah berlalu. Depresi berlaku waktu di kolej di asrama dahulu,” katanya.

Jelas Meerqeen, 22, lagi, satu pendekatan yang dilalui bagi mengatasi masalah depresi adalah dengan menyibukkan diri termasuk aktif bermain sukan iaitu ragbi ketika di kolej swasta berkenaan.

“Saya tak tahulah saya didiagnosis masalah depresi ke apa tetapi, I feel that way (saya rasa begitu). Sebab mungkin saya tak pernah jumpa doktor.

“Faktor sekeliling, kawan-kawan di asrama dahulu dan kepenatan menjadi sebab saya murung. Yang buat saya bebas daripada masalah depresi adalah sukan ragbi,” katanya.

Siri terbaharu Viu arahan Datuk Abdul Halim tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Syafie Naswip, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali dan Sara Mack Lubis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI