fbpx

Mechamato menang Anime Fan Award di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah kemenangan Mechamato dimuat naik Nizam menerusi media sosial beliau.

PETALING JAYA – Animasi Mechamato diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Keputusan tersebut diumumkan menerusi laman rasmi TAAF yang mana Mechamato telah menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat animasi tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak yang juga pengasas siri Mechamato turut melahirkan keterujaan dengan kemenangan animasi itu.

“Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini.

“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Awad di Tokyo Anime Award Festival 2023. Terima kasih semua atas undian dan sokongan,” katanya menerusi hantaran media sosial, hari ini.

Sementara itu, kejayaan animasi Mechamato turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial.

“Tahniah team Mechamato. Kagum dengan usaha pemilik sendiri promosi hari-hari tanpa jemu,” kata @sabbykongsi.

“Tahniah, kami sangat bangga dengan pencapaian,” kata @Khairulaminr.

“Saya tak tipu, pelakon suara Jepun untuk Mechamato memang betul-betul menjiwai watak mereka. Ini hanyalah pandangan saya sahaja,” kata @Fjfirdausjasmin.

Sebelum ini, siri animasi Mechamato ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak September tahun lalu, bukan sahaja meraih perhatian penonton tempatan, malah diikuti peminat di Jepun.

Bagi tayangan siri di Jepun, watak utama Amato menampilkan pelakon suara Jepun, Ayumu Murase yang popular dengan watak Hinata bagi animasi Haikyuu serta Venti dalam Genshin Impact. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI