fbpx

Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (enam) dari kanan bergambar semasa menghadiri seminar Pemasaran Keusahawanan: Kaedah Mengembangkan Perniagaan Selepas Pandemik di sini hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan komited untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampu memenuhi potensi setiap lapisan masyarakat terutamanya dalam melahirkan lebih ramai usahawan pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan Malaysia beralih kepada negara kumpulan berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, sejak lebih dua dekad lalu, negara terperangkap dalam kumpulan berpendapatan pertengahan berdasarkan klasifikasi yang dikeluarkan Bank Dunia sebelum ini.

Justeru kata Ahmad Zahid, Malaysia perlu menjadi tarikan sebagai pusat pelaburan serantau dan sumbangan oleh semua pihak termasuk pihak swasta dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) amat diperlukan dalam usaha ini.

“Untuk menjayakan hasrat itu, kerajaan akan terus mengurangkan kerenah birokrasi yang menghalang perniagaan dan usahawan menjana keuntungan, membayar cukai yang saksama dan mewujudkan pekerjaan berkualiti.

“Ia perlu dipermudah di semua peringkat, sama ada persekutuan, negeri atau tempatan. Kita mesti keluar daripada perangkap pendapatan yang dialami ketika ini menuju ke arah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Pemasaran Keusahawanan: Kaedah Mengembangkan Perniagaan Selepas Pandemik di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI