fbpx

Mahkamah: Penganggur dituduh bunuh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shariefuddin dituduh membunuh seorang wanita warga emas di Mahkamah Majistret Kulim hari ini.

KULIM – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Shariefuddin Arshad, 57, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, B. Sripracha Nanthini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Fatimah Salleh, 79, di sebuah rumah di Kampung Durian Burung di sini antara pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, 4 Oktober 2022.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Tertuduh tidak diberikan jaminan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

-habis
Caption:
Shariefuddin dituduh membunuh seorang wanita warga emas di Mahkamah Majistret Kulim hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI