fbpx

Bergelar jutawan cili? Ayu Damit ‘aminkan’ sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYU DAMIT

KUALA LUMPUR – Enam tahun mengusahakan ladang cili hingga mampu berdiri sebagai pembekal, Ayu Damit menolak dakwaan sudah mencapai status jutawan pertanian seperti didakwa sesetengah pihak.

Kata penyanyi Hanya Di Mercu itu, sehingga ke hari ini dia masih menggunakan wang simpanan hasil nyanyian bagi mendapatkan simpanan modal pusingan bagi memastikan perniagaan sampingan  berasaskan pertanian itu terus ‘hidup’.

“Apabila orang cakap saya sudah jutawan kerana bisnes cili ini, saya cuma dapat aminkan saja doa mereka kerana sumber pertanian berdepan pelbagai risiko termasuk penyakit dan faktor cuaca.

“Alhamdulilah, selepas berdepan projek penanaman kelapa dan nenas yang tidak menjadi hingga modal berjumlah puluhan ribu ringgit hangus, ladang cili yang saya bersama suami usahakan menjadi .

“Hakikatnya banyak keringat dan air mata tumpah sepanjang tempoh enam tahun ini, malah saya masih perlu giat mencari undangan pentas sebagai sandaran untuk disalurkan ke ladang ini andai diperlukan.

“Syukur semangat suami yang membuatkan kami tiba di peringkat sekarang, cuma untuk mengatakan pulangan sudah mencecah jutaan ringgit belum lagi ke tahap itu,” katanya usai sidang media Fieasta Citarasa Sambal yang bakal menyaksikannya membawa masuk cili Sabah pada acara tiga hari di KL Gateway Mall, Bangsar South, bermula 10 Mac depan.

Sementara itu selain cili dan beberapa tanaman lain termasuklah terung, timun dan tembikai, Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, turut menunggu hasil durian di ladang seluas empat ekar yang diusahakan mereka di Hulu Langat.

Biarpun sibuk menguruskan perniagaan, bakat asal Sabah yang menyerlah selepas menjuarai One In a Million (OIAM) 15 tahun lalu mengakui, karier nyanyian tetap nombor satu.

Malah kemunculan single baharu, Kejam bulan lalu menjadi isyarat perjuangan ibu kepada tiga cahaya mata dalam arena seni tetap berterusan.

Mendedahkan ada dalam kalangan pendengar menyangka lagu berkisarkan kasih yang dipersia-siakan akibat kecurangan itu sengaja ditujukan kepada pasangan selebriti yang berdepan masalah sama ketika ini.

“Sebenarnya pembikinan lagu ciptaan Khairul Daniel, manakala lirik ditulis saya sendiri bersama Slen dan Jay mengambil masa dua tahun untuk disempurnakan dan kebetulan Kejam keluar ketika kontroversi sebegitu memanas.

“Kebetulan sahaja, kami tak tujukan perihal pasangan disakiti, bertepuk sebelah tangan dan kehancuran hati kepada sesiapa,” ulas penyanyi berusia 34 tahun itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI