fbpx

Kutipan derma solat Jumaat bantu mangsa gempa di Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kutipan derma solat Jumaat bantu mangsa gempa di Turkiye dan Syria. FOTO IHSAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (Nadma).

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini boleh membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dengan menderma ketika hadir menunaikan solat Jumaat, bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kutipan sumbangan itu akan dilakukan pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut.

“Kutipan ini kemudian akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra untuk membantu mangsa bencana di dua negara itu,” katanya.

Menerusi kenyataan di sini, beliau menambah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan kutipan derma itu melibatkan tiga buah masjid di bawah seliaannya.

Premis berkenaan ujar beliau, meliputi Masjid Negara di Kuala Lumpur serta baki dua lagi di sini iaitu Masjid Putra, Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3.

Sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pula melakukan kutipan itu di semua 100 masjid dan ratusan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kata Mohd. Na’im, turut mengesyorkan agar pihak berkuasa agama di 13 negeri turut mengadakan langkah kutipan sumbangan serupa.

Malaysia pada ketika ini mempunyai sebanyak 6,837 buah masjid termasuk sejumlah 18 masjid yang bertaraf negeri, 76 masjid kerajaan dan 166 masjid daerah di seluruh negara.

“Semoga sumbangan kecil kita semua akan dapat membantu urusan dan meringankan beban mangsa bencana di Turkiye dan Syria yang kini dilanda ujian amat besar,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI