fbpx

[KEMASKINI] Mayat lelaki bipolar terjun Jambatan Paka ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang terjun Jambatan Paka, Dungun, hari ini.

DUNGUN – Mayat lelaki dipercayai mengalami gangguan bipolar yang terjun dari Jambatan Paka di sini malam tadi, telah dijumpai sebentar tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai 42 anggota pelbagai agensi berlangsung selama hampir sembilan jam, telah menemui mangsa berusia 31 tahun tersebut di dalam dasar Sungai Paka di sini pada pukul 4.10 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemui pada kedudukan kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan melakukan terjunan.

“Mayat mangsa yang lengkap berpakaian dijumpai tersangkut pada timbunan ranting kayu di dasar Sungai Paka sedalam kira-kira dua meter dan keadaan air sungai yang surut turut memudahkan proses pencarian mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Baharudin berkata, mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini, untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI