fbpx

KAB dan PGB pemilik bersama, laksana projek janakuasa RM230 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENG ONN (dua dari kiri) bersama barisan kepimpinan tertinggi Kumpulan dan rakan kerjasama pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan hari ini.

PETALING JAYA – Penyedia penyelesaian kejuruteraan dan tenaga, Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) dan Petronas Gas Berhad (PGB) hari ini memasuki kerjasama untuk pemilikan bersama dan pelaksanaan projek loji janakuasa bernilai RM230 juta di Sabah, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Loji berkenaan bakal menjadi pembekal tenaga tunggal kepada fasiliti gas asli cecair terapung di pesisir pantai milik Petronas.

Anak syarikat milik penuh KAB, KAB Energy Holdings Sdn. Bhd. (KABEH) telah menandatangani perjanjian pembelian saham bersama PGB untuk pemerolehan 10 peratus pegangan dalam anak syarikat PGB, Regas Terminal (Lahad Datu) Sdn. Bhd. (RGTLD) yang bertanggungjawab untuk memiliki dan melaksanakan projek loji janakuasa berkenaan.

KABEH turut menandatangani perjanjian pemegang saham dengan PGB untuk memainkan peranan sebagai rakan kongsi teknikal dalam usaha sama berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan KAB, Datuk Lai Keng Onn berkata, pemilikan bersama dan pelaksanaan projek tenaga bersih utama bersama rakan kongsi terkemuka seperti PGB menyerlahkan keupayaan Kumpulan dalam ruang penyelesaian tenaga mampan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada PGB atas kepercayaan mereka dan berharap untuk berkongsi kepakaran untuk menjayakan projek loji janakuasa ini dan menyumbang kepada matlamat tenaga negara.

“Ia juga akan berfungsi sebagai model pembangunan ketika kami meneruskan lebih banyak projek di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan.

RGTLD bakal beroleh pemilikan aset berkenaan apabila siap pada suku tahun pertama 2026 dan akan memeterai perjanjian pembelian kuasa untuk pembekalan kuasa kepada kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai yang akan datang di Sipitang, Sabah dengan tempoh konsesi selama 20 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI