fbpx

Famili Duo program realiti terakhir Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA dan adiknya, Fyna Jebat berpuas hati di tempat kedua Famili Duo yang berakhir pada Ahad lalu. - Foto - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PROGRAM Famili Duo yang memancing kontroversi sejak beberapa minggu lalu sudah berakhir, namun bahangnya masih diperkatakan, terutama membabitkan persembahan pada malam akhir Ahad lalu.

Selepas diramalkan sebagai juara, penyanyi adik-beradik Ayda dan Fyna Jebat akur dengan keputusan akhir yang meletakkan kedudukan mereka di tangga kedua, di belakang anak Raja Pop Jamal Abdillah, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.

Begitupun, selepas berjuang selama lapan minggu, penyanyi Pencuri Hati itu memaklumkan enggan lagi menyertai mana-mana pertandingan hiburan berkonsepkan realiti selepas ini.

Akuinya, kalau pertandingan lain seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak akan menjadi isu, cuma untuk program realiti, itu bukan lagi di bawah radar kerjaya seni pada masa akan datang.

Mizz Lahar pun sama macam peminat lain yang menghormati pendirian penyanyi kesayangan ramai ini kerana kita pun tahu bukan sedikit modal dilaburkan.

Mungkin ramai juga tertanya-tanya sekiranya bintang drama Rindu Awak 200% itu merajuk kerana tidak dapat bergelar juara selepas berada di tangga teratas minggu sebelumnya.

Mizz Lahar yakin Ayda mahupun adiknya cukup profesional melalui adat pertandingan serta andaian ramai.

Mizz Lahar: Seronok tengok Sissy Imann dengan mummy Mas Idayu berpelukan tanda perdamaian selepas konflik menangis kerana komen pedas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI