JAKARTA – Empat orang terbunuh dan sejumlah rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan wilayah timur Papua hari ini, kata seorang pegawai agensi bencana.
“Gegaran gempa bumi dirasai dengan kuat di sini. Ia merosakkan rumah, restoran dan bangunan,” kata Pengurus Pusat Kawalan Operasi Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana, Jonathan Koirewoa, kepada Xinhua melalui telefon.
“Empat orang terbunuh semasa gempa bumi itu berlaku. Kini kami sedang menjalankan penilaian risiko gempa bumi itu,” katanya.
Agensi Meteorologi, klimatologi dan Geofizik negara itu melaporkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 1.28 petang (waktu tempatan).
Pusat gempa bumi itu terletak satu kilometer (km) ke barat daya ibu kota Jayapura dan kedalaman 10km.
Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, katanya. – Agensi