fbpx

Dikecam cari anak kucing untuk ‘hidangan’ ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikecam pengguna laman sosial selepas didakwa memberi anak kucing yang dicari menerusi pengambilan (adoption), namun sebenarnya untuk hidangan ular sawa dipeliharanya.

Perkongsian tersebut dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Yana Zaim berhubung tindakan lelaki itu yang mencari anak kucing menerusi akaun Twitter.

Wanita tersebut berkongsi tangkap layar ciapan Twitter lelaki tersebut sekali gus menasihati orang ramai supaya berhati-hati.

“Sekarang ini, kena hati-hati nak bagi orang ambil anak kucing untuk jadikan makanan ular,” ujarnya menerusi Facebook Kucing & Haiwan Hilang/Jumpa Malaysia.

Berdasarkan tangkap layar Twitter yang dikongsikan, tarikh hantaran itu menunjukkan lelaki itu mencari anak kucing untuk ular sawanya pada tahun lalu, manakala carian akaun media sosialnya juga tidak ditemui.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mengecam lelaki tersebut selain ada yang menjelaskan tikus adalah makanan sesuai untuk diet ular sawa.

“Saya perempuan dalam ciapan (tweet) tu. Niat asal nak jumpa kawan-kawan baharu pencinta reptilia, bukan nak jumpa ‘psychopath’ tapi apakan daya.

“Setiap pemilik ular yang saya tahu, diet ular adalah tikus. Mamat ni memang psiko sebab dia balas bawah apa yang saya cakap. Dia ‘enjoy’ dengar patah riuk kucing tu, syaitan pun tak macam ni, ‘community reptile’ tak terima dia ya,” kata Balqis Husna.

“Senang nak kesan orang macam ni. Setiap hantaran ‘kitten adoption’, dia akan tanya anak kucing itu masih ada lagi atau tak. Kalau hantaran berkenaan kucing yang sudah empat bulan ke atas, mereka tak nak sebab besar dah.

“Silap-silap ular dia kena sebat dengan kucing sampai mati. Biasanya orang akan ambil seekor dua, tapi mereka ini akan ambil semua. Jarang orang nak terus ambil empat, lima ekor sekali gus dan lepas itu, esok lusa dia tanya lagi. Jadi kena selalu peka, rajin-rajin baca bahagian komen. Kalau selalu muncul, kena hati-hati,” kata Hanan MSaid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI