fbpx

DBKL angkut kereta, motosikal halang laluan di LRT Bangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang dialihkan DBKL di sekitar LRT Bangsar, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - INSAN FACEBOOK DBKL

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan motosikal dan enam kereta diangkut pihak penguat kuasa selepas kenderaan tersebut diletakkan di tempat larangan sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, Jalan Bangsar, di sini, tengahari tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook berkata, kenderaan tersebut diangkut kerana menghalang laluan pejalan kaki, laluan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta ingkar papan tanda larangan pakir kenderaan.

Jelas kenyataan itu, pihaknya menerusi Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut dan Tunda Kenderaan di lokasi terbabit ekoran maklumat serta aduan orang awam.

“Sejumlah lapan motosikal dan enam kereta dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL, Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun dan penyimpanan sementara.

“Kami turut mengeluarkan 44 notis kompaun pelbagai kesalahan lalu lintas lain sepanjang operasi tersebut dijalankan.

“Kesemua tindakan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut DBKL, Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan akan terus mengatur beberapa siri tindakan khas sekitar kawasan tumpuan (hotspot) secara berkala.

“Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Setiap kenderaan baik motosikal atau kereta perlu diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas,” katanya – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI