PETALING JAYA – By Chefiza Sdn. Bhd., pengeluar produk Muslimah berjenama BCF, akan meningkatkan lagi aktiviti pemasarannya secara online dan offline pada tahun ini.
Ia bakal dilaksanakan melalui kempen Go To Market Strategy sebagai inisiatif serampang dua mata untuk menambah perolehan jualan pengedar dan ejennya atau lebih dikenali sebagai komuniti reseller di seluruh negara sekali gus menyumbang kepada pendapatan kumpulan.
Pengasasnya, Che Nurul Hafizah Che Zulkifli berkata, melalui kempen tersebut, syarikat akan membuka lebih banyak kios jualan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai termasuk di pasar malam.
“Ini salah satu cara kami meningkatkan lagi jenama syarikat agar ia lebih dekat dengan masyarakat tidak kira di mana sahaja mereka berada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan bersempena majlis BCF Lead Award 2022 di sini baru-baru ini.
Ini adalah tahun ketiga penganjuran majlis tersebut dan pertama kali diadakan di luar Kota Bharu, Kelantan.
Terdapat empat kategori anugerah yang disampaikan kepada 21 reseller yang berjaya iaitu Loyalty Award, Rising Star Award, Tranformational Leader Award dan Extraordinary Performance & Higher Growth Award.
Mengulas mengenai perancangan masa depannya, Che Nurul Hafizah menerangkan. syarikat komited terhadap segmen pembangunan dan penyelidikan terhadap fabrik yang digunakan, sehubungan itu, BCF mengguna pakai teknologi Ultra Senmech bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan maksimum kepada pelanggan. -KOSMO! ONLINE