fbpx

Anwar tiba di Bangkok untuk lawatan rasmi dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ditemani Wan Azizah bagi mengikuti lawatan rasmi kerajaan selama dua hari di Bangkok. -Foto FB PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Bangkok, Thailand tadi bagi mengikuti lawatan rasmi kerajaan selama dua hari di negara Gajah Putih itu.

Berita itu dikongsikan Anwar sendiri menerusi hantaran di Facebook rasminya di mana ketibaan beliau dan delegasi disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Luar Negeri, Don Pramudwinai.

“Tiba di Bangkok, Thailand bersama Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi selama dua hari.

“Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Diraja Zambry Abd. Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut mengharapkan agar lawatan itu akan memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Malaysia-Thailand.

Semalam, Wisma Putra berkata, lawatan sulung Anwar ke Thailand sebagai ketua kerajaan
bakal membuka peluang baharu dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Antara peluang baharu itu meliputi kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan serta projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat kedua-dua negara jiran ini.

Selain itu, Anwar juga akan mengadakan satu sesi libat urus dengan rakyat negara ini yang telah lama berada di Thailand dan membentuk kelompok diaspora Malaysia di Bangkok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI