fbpx

Anthony Loke arah siasatan segera kes kemalangan maut Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Genting Highlands semalam.

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan siasatan segera dibuat berhubung kes kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tujuh individu di Genting Highlands semalam.

Beliau juga mahu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan siasatan ke atas syarikat operator van persiaran yang membawa kesemua mangsa terbabit.

“Saya turut meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan siasatan dan mengkaji apakah punca kemalangan. Miros akan bertanggungjawab untuk mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan akan melaporkan dapatan mereka kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

“Dalam kes ini, reka bentuk jalan raya dan juga selekoh terbabit perlu dikenal pasti adakah ia membahayakan pengguna kerana kemalangan itu dikatakan akibat kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan semasa mendekati selekoh tajam di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Terdahulu Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, tujuh mangsa maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van pelancong di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Bentong yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI