fbpx

7 maut Genting: Van bawa mangsa miliki lesen bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van yang terbabas lalu menyebabkan kematian tujuh orang di km 4.8 Jalan Genting Highlands, Bentong, semalam.

KUALA LUMPUR – Nahas van persiaran menyebabkan kematian tujuh orang di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands, semalam disahkan memiliki lesen bas persiaran.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) berkata, semakan awal mendapati van membawa 14 orang pelancong itu dilesenkan di bawah kelas lesen bas persiaran.

Menurut agensi itu, pihaknya memandang serius isu membabitkan keselamatan orang ramai susulan insiden kemalangan terbabit.

“Apad akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (Jisa), dan juga turut memanjangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk tindakan penguatkuasaan berkaitan.

“Dalam masa yang sama, Apad juga akan memohon kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan menganalisis punca nahas jalan raya yang menyebabkan kematian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Apad, pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pemegang berlesen yang tidak mematuhi ketetapan syarat lesen,

Jelasnya, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan tegas ke atas syarikat berkenaan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Di bawah akta sama, mana-mana pengendali yang didapati melanggar mana-mana syarat lesen boleh dikenakan tindakan dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih dari RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tujuh maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di km 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian yang terjadi kira-kira pukul 1.15 petang melibatkan 15 orang penumpang yang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI