fbpx

Lapan IPT lahir 2,130 huffaz sejak tahun 2000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im ketika menyempurnakan gimik perasmian Persidangan Huffaz Profesional Antarabangsa 2023 di Universiti Tenaga Nasional hari ini.

KAJANG – Kerajaan optimis mampu melahirkan kira-kira 125,000 huffaz menjelang 2050 selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dilancarkan pada 2018 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sasaran tersebut adalah realistik meskipun banyak pihak yang masih meraguinya.

“Insya-Allah, saya amat yakin negara kita berupaya melahirkan 125,000 huffaz dalam masa kurang tiga dekad lagi dengan pelbagai program yang dirancang rapi ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Huffaz Profesional Antarabangsa 2023 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini hari ini.

Acara julung kali diadakan itu yang dihadiri 1,000 peserta dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Uniten.

DPTN adalah sebahagian daripada program Transformasi Nasional 2050 dan dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan misi sasaran seramai 125,000 huffaz.

Polisi tersebut diselaraskan oleh Jakim berdasarkan model pewujudan Darul Quran yang dibina di Kuala Kubu Bharu pada 1966 lalu yang berjaya melahirkan ramai graduan huffaz profesional.

Mengulas lebih lanjut, Mohd. Na’im berkata, susulan kejayaan tersebut, Darul Quran yang dikendalikan Jakim telah melaksanakan Program Pensijilan Tahfiz bermula tahun 2000 lepas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI