fbpx

Zamsaham kecewa penyokong Kelantan FC ugut bunuh pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizam.

PETALING JAYA – Belum tiba lagi aksi Liga Malaysia musim ini, namun kisah ugutan daripada penyokong terhadap pemain mula bermain di media sosial hari ini.

Terkini, seorang penyokong pasukan Kelantan FC telah melakukan ugutan di media sosial pemain import baharu pasukan tersebut yang dikenali Christian Mangaron Rontini.

Paling mengejutkan apabila ugutan tersebut adalah bunuh sehinggakan pemain kelahiran Itali yang bakal memulakan khidmatnya dengan pasukan yang diberi jolokan The Red Worrior itu tidak lama lagi.

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali Zamsaham melalui Facebooknya hari ini berkata, dia begitu kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong terbabit.

“Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Fans Kelantan yang menghantar ugutan bunuh kepada pemain baharu Kelantan FC Christian Mangaron Rontini.

“Sepatutnya sebagai ‘fans’ yang bijaksana haruslah menyambut baik kehadiran pemain baru,lebih lagi Mr Rontini adalah pemain import yang harus ditujukkan budaya Malaysia yang peramah dan baik,” tulisnya.

Tangkap layar mesej ugutan bunuh menerusi Instagram yang diterima Rontini daripada peminat Kelantan FC.

Tambah Zamsaham lagi, ugutan tersebut bakal dikenakan tindakan segera apabila pihak pengurusan pasukan tersebut diminta untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Lebih lagi budaya Masyarakat Kelantan yang bertatasusila selagi tidak kacau. Ugutan bukanlah sesuatu perkara main-main!

“Sekali lagi saya kecewa dengan kenyataan ugutan ‘fans’ ini dan sudah meminta team pengurusan buat satu laporan Polis dan SKMM,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI