fbpx

Wanita tertelan jarum peniti ketika pakai tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan imbasan X-ray badan seorang wanita. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan penemuan jarum peniti di dalam badan seorang wanita yang menjalani imbasan X-ray, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @hanyafototulang dan dikongsikan dalam akaun Instagram @terangmedia.   

Kejadian berlaku apabila pesakit secara tidak sengaja tertelan sebatang jarum ketika hendak memakai tudung. Dia meletakkan jarum itu pada mulutnya sebelum ditelan.

“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan benda asing dalam tubuh. 

“Ini kes wanita berhijab tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.

“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” kata perakam tersebut.

Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Adik saya pernah alami… tetapi tidak rasa sakit. Selepas diperiksa, jarum itu hilang. Doktor kata mungkin jarum itu keluar bersama najis,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI